Saturday 30 April 2011

SATU BULAN SATU DINAR


Memandangkan kite hampir berada di penghujung bulan April, saya ingin berkongsi tips untuk menyimpan Wang. Ini merupakan antara azam saya bagi tahun 2011 iaitu saya nak simpan satu bulan satu dinar!!!

Mungkin ade yang Akan bertanya mengapa simpan dinar (emas), mengapa tak simpan duit je dalam bank? Ini adalah alasan saya.....

1) Katakan kita secara bulanan mendapat gaji....Dan duit gaji tu digunakan untuk bayar sewa rumah, kereta, makan-minum perbelanjaan sampingan.....

2) Setelah semua perbelanjaan diatas dibuat, kemungkinan akan ada baki yang biasanya duit lebihan....selalunya kita Akan biarkan duit itu berada dalam bank...

3) katakan purata duit lebihan dari gaji adalah RM 700.00 sebulan, genap setahun duit dalam Bank itu akan menjadi RM 8400.00 (RM 700x12)

4) Harus diingat , sistem kewangan di serata dunia dibelunggu oleh inflasi....termasuk ringgit. katakan purata di Malaysia secara tahunan dianggarkan 5% setahun ( saya percaya inflasi di Malaysia lebih tinggi!!!)

5) Maka wang kertas yang disimpan di Bank itu akan mengalami susut nilai disebabkan oleh inflasi sebanyak RM 420 (RM 8400 x 5%) Tidakkah ini merugikan kita? Jika inflasi yang berlaku lebih tinggi dari 5%, anda bole bayangkan berapa banyak kite sudah rugi??? Jadi fikir-fikirkan....

6) Maka itu, adalah digalakkan jika anda tukarkan Wang simpanan (lebihan dr gaji) sebanyak RM 700  itu kepada dinar. Cukuplah kita menyimpan 1 dinar satu bulan....tapi kalau ada lebihan yang banyak tak salah untuk menyimpan lebih dare satu dinar!!

7) Bagaimana dengan menyimpan dinar ini menguntungkan? Dinar merupakan emas (916). Purata kenaikan emas sebulan dianggarkan 2% sebulan ataupon setahun sekitar 24-28% setahun! Jadi, sekiranya setiap bulan anda menyimpan sebanyak satu dinar,  anggaran keuntungan  di akhir tahun mampu menjangkau lebih dari RM 1800!! Tidakkah ini meguntungkan??

8) Mungkin juga ada yg bertanya tak salah kalau lebihan duit itu tadi disimpan di ASB? Jawapan saya betul, anda boleh! Tapi berapa yang akan dapat? (rm8400x8.5%) Sekitar rm700...tetapi saya percaya jumlah itu Akan jadi lebih sedikit kerana anda meyimpan secara bulanan, justeru ia dikira secara purata. Cuba lihat contoh kenaikan di bawah. Hanya sebulan sahaja kenaikan telah berlipat ganda.

Harga Dinar Pada 12/3/2011

Harga Dinar Pada 30/4/2011

9) kesimpulannya, jika and a diberi peluang untuk mendapat RM 1800 vs RM 700, mana satu yang Akan anda pilih?? Tepuk dada tanyalah selera.

10) sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut, sila hubungi saya di 016-7971864.....saya sedia berkongsi pengalaman. 
Kenapa Public Gold Pilihan Saya





Post kali ni saya nak berkongsi mengapa emas Public Gold menjadi pilihan saya. Post ini saya tulis berdasarkan pengalaman membeli emas dan perak dengan Public Gold, dan bole dijadikan panduan kepada anda diluar sana untuk memulakan pelaburan bersama Public Gold.

Antara sebab kenapa emas Public Gold menjadi pilihan saya ;

1) Pertama adalah emas Public Gold sudah mendapat kebenaran dari BANK NEGARA MALAYSA (BNM) untuk mengilang, mencetak dan menjual kepada pelanggan2. Justeru tiada sebarang keraguan untuk melakukan pelaburan bersama Public Gold.. Tidak seperti sebelum ini, terdapat banyak kes2 yang berlaku melibatkan skim cepat kaya serta menjual emas palsu.AWAS.....
 


2) selepas meneliti latar belakang syarikat (clearance dari BNM) saya mula melihat dari segi keuntungan pelaburan. Sebagai seorang pelabur, memandangkan Public Gold menjual emas berdasarkan perubahan harga jual dan beli (we sell dan we buy) petunjuk ini adalah sangat penting untuk menjana keuntungan. Perbezaan harga we sell dan we buy atau di panggil "spread" bagi emas adalah sekitar 5-6% manakala bagi perak adalah sekitar 15%.

3) Harga emas Public Gold sentiasa berubah2 setiap 20 minit. Ini memudahkan kita untuk lock harga berbanding jika anda membeli emas di kedai emas ataupun dengan mana2 pengedar emas yang meletakkan harga static (harga berubah sebulan sekali).Order boleh dibuat secara Telefon atau SMS. Anda bole menghubungi saya untuk membuat order (016-7971864)

4) Sekiranya anda membuat belian RM 20,000 keatas, anda layak bergelar dealer! Dengan belian RM 20000 ini anda akan diberi komisyen sebanyak 1% daripada belian anda (sekitar RM 200.00) dan akan dibayar pada bulan berikutnya pada 20hb.

5) Stock emas PG sentiasa ada. Anda tidak perlu untuk menunggu lama selepas membuat order dan bayaran. Pihak Public Gold akan mengeluarkan notis pengambilan stock setiap awal bulan dan pengambilan stock bole diambil hampir di SETIAP negeri di Malaysia.
 


6) Emas Public Gold diterima untuk tujuan pajakan di Agro Bank dan Bank Rakyat serta di koperasi2 tertentu.

7) Public Gold menyediakan seminar percuma kepada mereka2 yang baru dalam dunia pelaburan emas ini...sila semak di website Public Gold (www.Publicgold.com.my) untuk melihat list seminar bulanan.

Kepada mereka diluar sana yang ingin menceburkan diri bersama Public Gold, jangan segan silu untuk menghubungi saya di talian 016-7971862 atau email di dr_sidek@yahoo.com.  Saya sedia membantu anda

Thursday 14 April 2011

Ramalan Yang Menggembirakan pelabur-pelabur emas

Berikut adalah petikan dari akhbar kosmo. Mari kita lihat apa berita yang menggembirakan itu....

Lonjakan harga emas


 


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Jadi sama-samalh kita fikirkan. Sama ada masih mahu menggu atau memulakan langkah seterusnya. Sesiapa yang ingin kan bantuan boleh hubungi saya di 016-7971864
HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan

Sunday 20 March 2011

Kenapa Perlu Tukar Duit Kertas Kepada Emas?

Assalamualaikum w.b.t

Semoga para pembaca sihat disamping keluarga tercinta. Bagaimana? Sudah terbuka minda untuk menyimpan emas? Masih belum lagi, masih menunggu harga emas turun. Teruskan penantian kerana ia tak kan berakhir. Bagi yang sudah bermula syabas saya ucapkan.

Pada posting ini saya ingin berkongsi mengapa pembaca sekalian harus malah perlu untuk menukar dari simpanan wang kepada simpanan emas. Mengapa saya katakan begitu. Kawan saya pernah berkata "ala bukan boleh buat apa pun kalau ada emas. Takkan nak bawak jongkong2 emas pergi beli kereta". kemudian dia berkata " tadi aku tengok berita ayam naik harga la". Jadi apa yang dapat saya rumuskan. Masih ramai lagi masyarakat diluar sana tidak dapat mengerti bagaimana emas menggantikan duit. Mereka juga tidak sedar yang duit yang mereka gunakan mengalami Inflasi iaitu susut nilai.

Bayangkan jika saya ingin membeli kereta, saya buat loan then saya dapat kereta dan ada hutang. Kereta akan mengalami susut nilai. Belum pun habis bayar kereta dah masuk workshop. Tapi jika saya buat loan RM 100,000 then beli emas lepas tu gadai dapat dalam 65,000. kereta dapat, hutang ade dan yang bestnya EMAS pun ada. Dan emas tersebut akan semakin bertambah nilainya setiap tahun.

Jadi mesti pada pembaca pernah mendengar duit fiat. Kat bawah ni ada sedikit penerangan tentang Fiat money dalam bahasa orang putihnya.hehe...


cantik betul duit baru Rm50 yek…tahu tak apa sebenarnya fungsi-2 wang/duit nie?
wang /duit mesti memiliki ciri ini baru dianggap duit..ada 4 semuanya:-
  1. sebagai unit nilai
  2. media petukaran
  3. sebagai piawaian bayaran tertunda
  4. sebagai penyimpan nilai
kalau duit/wang kertas gagal memenuhi semua di atas..maka wang kertas gagal jadi wang yg baik..
Korang pernah dengar Wang Fiat?bukan kereta jenama fiat…
Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” 
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?
Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?
ok mari kita tenggok …lihat gambar dibawah
rasa-rasa korang berapa jumlah duit tue?…hehehe..semuanya RM 25,000.00….yup kenapa?tak percaya ka?ok..sebenarnya duit tue menjadi agen. Sekarang cuma RM 20, 000 je. Berminat???
baik katakankan pada Jan 2009 duit nie aku laburkan ke dalam ASB….berapa yek?…mari kita kira..
=> maka dividen ASB 2009….25 000×7.3%=Rm1825…betul tak aku kira?aku pun tak tahu..kalau salah tolong betulkan
ok kalau jan aku beli emas..Rm25000…berapa emas aku dapat..tenggok graft
?
ok..katakan pada Jan aku beli emas dengan harga $870 oz..dengan duit RM25000 berapa emas aku dapat?…mari kita kira
kena tukar ounce oz ke gram g…kena /31.1…jadi..870/31.1 = $27.97g
kita tukar kepada ringgit malaysia…..guna laman nie nak buat petukaran http://www.xe.com/ucc/
$27.97 > RM96/g…jadi emas yg aku boleh beli sebanyak Rm25000…lebik kurang 260g..ada extra..tak apa tak kira….
jadi dengan duit 25000 aku beli emas seberat 260g bernilai RM24960..baki Rm40 buat duit minyak..hehehe..
ok katakanlah aku nie agen masa tue..aku dapat komisyen emas 1.5%..jadi nie aku kira aku beli emas seketul berat 260g…RM24960x1.5%=RM374.4..ok la
ok konsep pelaburan emas beli murah dan jual pada harga mahal…jadi kita ambil graft yg tinggi pada $1230/oz
1230/31.1=39.55>kedalam RM…RM135.66/g
ok..kita kali dengan emas yg aku simpan….260gx135.66g=RM35271.60…wow..berapa aku untung?
RM35271.60-RM24960.00  = RM10311.60(banyak wooo)..
amacam…antara melabur dengan ASB dengan melabur dengan EMAS mana untung?
ASB = untung dari dividen 7.3% =Rm1825
EMAS = RM10311.60
tepuk dada tanya selera…hehehhe
jadi buatlah pilihan bijak
tapi kenapa kenapa harga emas boleh naik sampai begini?…ini soalan yang baik sebab-sebabnya adalah:-
  1. Nilai matawang menyusut, Inflasi meningkat
  2. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham
  3. harga emas menurun pada tahun 90an
  4. Penyusutan matawang dolar
  5. kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan
Jadi fikir-fikirkanlah kenapa kita semua harus mula menyimpan emas. Diharap perkongsian kali ini dapat membuka lebih banyak minda supaya mula menceburkan diri ke bidang ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 016-7971864 atau email ke dr_sidek@yahoo.com

Jenis-Jenis Emas Di Malaysia

Salam sejahtera...

Disini saya ingin memberikan sedikit panduan umum berkenaan pelaburan emas yang baik/sesuai untuk anda. Harap-harap lepas nie terjawablah semua persoalan anda 

Antara persoalan-persoalan yang perlu anda ketahui sebelum membeli emas/membuat pelaburan emas ialah samada anda suka emas fizikal atau tidak? Modal anda besar atau kecil? Ada masalah menyimpan tak?
Posting ini adalah panduan asas semata-mata, anda boleh ubahsuai mengikut aspek-aspek lain seperti jarak institusi jualan emas tersebut dengan tempat anda, cara pembayaran samada cash atau credit card etc, modal anda, kemudahan menyimpan emas dan sebagainya.


1. Panduan pertama: Emas fizikal atau bukan fizikal?



Jawapan: Kalau anda suka emas fizikal dan tak ada masalah untuk menyimpan, maka pelaburan terbaik untuk anda ialah:
1. Syiling emas
2. gold bar.
Jika susah nak simpan, maka saya cadangkan anda buka akaun simpanan gold saving Public Bank atau Maybank.



Pilihan pertama – Syiling Kijang Emas (1 Oz)


Sebab: Modal yang tidak tinggi, kualiti emas 999.9, mudah dibeli dan dijual balik.

                     
                                   Syiling Kijang Emas

.
Pilihan kedua – Syiling emas UOB bank (1 Oz).
Anda boleh membeli mana-mana syiling-syiling emas ini samada:
- Canadian gold Maple Leave
- Australian Nugget
- Singapore gold coin

                  
                    Syiling-syiling emas yang dijual UOB Bank


Pilihan ketiga:
a) Syiling Emas/gold Bar Public Gold/ Dinar Public Gold (22k)
b) gold bar (PAMP Suisse atau Poh Kong Bunga Raya)


Sebab: Kualiti emas 999.9 (24K). Bagi gold bar PAMP pula, ia jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Mudah diperolehi di kedai emas.

                        
              Syiling emas Public Gold 50 gram (24K) Dan Dinar Emas (22k)
.
.
                
Gold bar Public Gold 20 gram dan 50 gram (24K)


 .
Ini gambar PAMP Suisse gold bar:
.
.
                               
                            gambar gold bar Poh Kong Bunga Raya
. 
Pilihan keempat- Dinar Emas Kelantan (1 Dinar)
Sebab: Kos yang murah, kualiti emas 22K. Mudah dibeli dan dijual.

                                .
                                      Gambar Dinar Emas Kelantan



Kalau anda minat emas fizikal tapi modal anda kecil, saya cadangkan anda beli Dinar Emas Public Gold sebagai pilihan pertama kerana selain mudah didapati ia juga murah dan stok sentiasa ada.
.

2. Anda tak minat emas fizikal atau risau nak simpan emas.


Kalau anda tak minat emas fizikal atau risau emas hilang, saya nasihatkan anda membuka akaun simpanan emas. Tetapi ini tidak digalakkan bagi Umat Islam kerana statusnya yang samar2 dari segi syarak.


Terdapat 2 jenis akaun simpanan emas yang terdapat di malaysia iaitu:
1. Public Bank Gold Investment Account
2. Maybank Gold Saving Passbook Account



Posting ini hanyalah panduan semata-mata. Anda boleh ubahsuai mengikut citarasa dan kemudahan anda. Tiada Masalah kerana anda boleh membuat pilihan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan jangan sega untuk menghubungi saya.

Saturday 19 March 2011

Bila Nak Start Beli Emas

Sangatlah sukar untuk membuat langkah pertama. Lagi2 yang melibatkan modal yang besar. Betulkah tindakan aku? Tak rugi ke melabur dalam emas ni? Adalah antara persoalan yang muncul dan kerapkali terpikir apabila nak memulakan pelaburan emas.

Untuk yang kesekian kalinya. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang dan sederhana. Seseorang tidak akan dapat melihat keuntungan jika asyik mahu mengira keuntungan. Dan jika mahu keuntungan bulanan seperti pelaburan lain maka jawapannya ialah melalui penjualan Emas. Sekiranya berminat boleh hubungi saya. Apatah lagi yang masih menunggu saat yang sesuai untuk membeli emas. Memanglah harga emas ini ada turun naiknya, tetapi selagi mana anda membeli emas fizikal anda tidak akan rugi.

                                    

Kenapa??? Sebabnya adalah kerana emas adalah pelaburan yang memerlukan kesabaran dan ilmu untuk berjaya. Lambat atau cepat harganya akan semakin menaik dan terus menaik. Sekiranya harga emas turun maka ini merupakan peluang anda untuk menambah stok kerana harga emas sudah turun.

CONTOHNYA:
- Sekirannya anda telah membeli emas 20g pada harga RM 3200 kemudian harga turun menjadi RM 3000. Apa yang anda perlu buat. Beli emas tersebut sama ada melalui gadaian emas yang pertama ataupun membeli terus maka purata harga sekeping 20g akan berkurang (3200+3000)/2=3100. maka anda sudah jimat

Dapat disimpulkan bahawa jawapan untuk persoalan diatas ialah beli emas bila ada duit bukan bila harga turun. Kerana kita tidak boleh mengagak bila harga akan turun. Lebih2 lagi jika belum bermula. Kerana jika belum mula membeli emas kita tidak boleh menilai samaada harga tersebut tinggi atau rendah kerana tidak ada penanda aras (benchmark).

Oleh itu mulalah dari sekarang. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan boleh hubungi saya di no 016-7971864 atau email di dr_sidek@yahoo.com. Saya sedia membantu.


Wednesday 16 March 2011

Kenapa Pilih Emassss

salam...

Persoalan pertama yang ingin saya kupas...kenapa sekarang ini ramai sangat orang simpan emas, cakap pasal emas. Sebagai mana yang kita tahu, emas merupakan logam yang sangat bernilai yang boleh digunakan untuk berbagai tujuan.

Semua orang akan ingat perempuan bila sebut pasal emas. Itu adalah orang yang sempit pemikirannya. Mengapa saya kata begitu, ini kerana anggapan tersebut adalah salah. Emas juga boleh dijadikan sebagai salah satu cabang pelaburan. Tak percaya, tengok graf dibawah bagaimana peningkatan harga emas...


WOW!!! setahun naik 37%. bayangkan. ASB pun sekadar 7-9%. Bayangkan kalau kita ada sekeping syiling kijang emas 1 oz (bersamaan 31.1g) pada tahun 2001. Cuba lihat harganya pada tahun 2008:

harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:
                18/7/2001 ialah RM1082.00
                 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun.
atau purata pulangan 25.95% setahun!!


Tetapi mesti diingat, pelaburan emas ialah jangkamasa panjang dan sederhana. Bukan beli hari ni nak untung bulan depan. hehe. Mari kita lihat Hadis pula sebab sebagai seorang Islam kita tak boleh lari dari Al-quran dan Hadis. Hadis yang cukup masyhur di kalangan penyimpan emas:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal


Jadi simpanlah emas sebagai simpanan masa depan, jangan tunggu dan berlengah lagi kerana sesungguhnya Seribu langkah kejayaan mesti dimulakan dengan satu langkah kecil. 


untuk sebarang pertanyaan boleh email saya di dr_sidek@yahoo.com atau tel di 016-7971864. saya sedia berkongsi ilmu tentang emas dan juga merupakan agen menjual emas Public Gold....