Saturday 19 March 2011

Bila Nak Start Beli Emas

Sangatlah sukar untuk membuat langkah pertama. Lagi2 yang melibatkan modal yang besar. Betulkah tindakan aku? Tak rugi ke melabur dalam emas ni? Adalah antara persoalan yang muncul dan kerapkali terpikir apabila nak memulakan pelaburan emas.

Untuk yang kesekian kalinya. Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang dan sederhana. Seseorang tidak akan dapat melihat keuntungan jika asyik mahu mengira keuntungan. Dan jika mahu keuntungan bulanan seperti pelaburan lain maka jawapannya ialah melalui penjualan Emas. Sekiranya berminat boleh hubungi saya. Apatah lagi yang masih menunggu saat yang sesuai untuk membeli emas. Memanglah harga emas ini ada turun naiknya, tetapi selagi mana anda membeli emas fizikal anda tidak akan rugi.

                                    

Kenapa??? Sebabnya adalah kerana emas adalah pelaburan yang memerlukan kesabaran dan ilmu untuk berjaya. Lambat atau cepat harganya akan semakin menaik dan terus menaik. Sekiranya harga emas turun maka ini merupakan peluang anda untuk menambah stok kerana harga emas sudah turun.

CONTOHNYA:
- Sekirannya anda telah membeli emas 20g pada harga RM 3200 kemudian harga turun menjadi RM 3000. Apa yang anda perlu buat. Beli emas tersebut sama ada melalui gadaian emas yang pertama ataupun membeli terus maka purata harga sekeping 20g akan berkurang (3200+3000)/2=3100. maka anda sudah jimat

Dapat disimpulkan bahawa jawapan untuk persoalan diatas ialah beli emas bila ada duit bukan bila harga turun. Kerana kita tidak boleh mengagak bila harga akan turun. Lebih2 lagi jika belum bermula. Kerana jika belum mula membeli emas kita tidak boleh menilai samaada harga tersebut tinggi atau rendah kerana tidak ada penanda aras (benchmark).

Oleh itu mulalah dari sekarang. Untuk sebarang pertanyaan dan bantuan boleh hubungi saya di no 016-7971864 atau email di dr_sidek@yahoo.com. Saya sedia membantu.


No comments:

Post a Comment