Sunday 20 March 2011

Kenapa Perlu Tukar Duit Kertas Kepada Emas?

Assalamualaikum w.b.t

Semoga para pembaca sihat disamping keluarga tercinta. Bagaimana? Sudah terbuka minda untuk menyimpan emas? Masih belum lagi, masih menunggu harga emas turun. Teruskan penantian kerana ia tak kan berakhir. Bagi yang sudah bermula syabas saya ucapkan.

Pada posting ini saya ingin berkongsi mengapa pembaca sekalian harus malah perlu untuk menukar dari simpanan wang kepada simpanan emas. Mengapa saya katakan begitu. Kawan saya pernah berkata "ala bukan boleh buat apa pun kalau ada emas. Takkan nak bawak jongkong2 emas pergi beli kereta". kemudian dia berkata " tadi aku tengok berita ayam naik harga la". Jadi apa yang dapat saya rumuskan. Masih ramai lagi masyarakat diluar sana tidak dapat mengerti bagaimana emas menggantikan duit. Mereka juga tidak sedar yang duit yang mereka gunakan mengalami Inflasi iaitu susut nilai.

Bayangkan jika saya ingin membeli kereta, saya buat loan then saya dapat kereta dan ada hutang. Kereta akan mengalami susut nilai. Belum pun habis bayar kereta dah masuk workshop. Tapi jika saya buat loan RM 100,000 then beli emas lepas tu gadai dapat dalam 65,000. kereta dapat, hutang ade dan yang bestnya EMAS pun ada. Dan emas tersebut akan semakin bertambah nilainya setiap tahun.

Jadi mesti pada pembaca pernah mendengar duit fiat. Kat bawah ni ada sedikit penerangan tentang Fiat money dalam bahasa orang putihnya.hehe...


cantik betul duit baru Rm50 yek…tahu tak apa sebenarnya fungsi-2 wang/duit nie?
wang /duit mesti memiliki ciri ini baru dianggap duit..ada 4 semuanya:-
  1. sebagai unit nilai
  2. media petukaran
  3. sebagai piawaian bayaran tertunda
  4. sebagai penyimpan nilai
kalau duit/wang kertas gagal memenuhi semua di atas..maka wang kertas gagal jadi wang yg baik..
Korang pernah dengar Wang Fiat?bukan kereta jenama fiat…
Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.
Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.
Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:
1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.
Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” 
Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…
2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.
Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.
Contohnya amat mudah:
Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.
Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?
Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?
ok mari kita tenggok …lihat gambar dibawah
rasa-rasa korang berapa jumlah duit tue?…hehehe..semuanya RM 25,000.00….yup kenapa?tak percaya ka?ok..sebenarnya duit tue menjadi agen. Sekarang cuma RM 20, 000 je. Berminat???
baik katakankan pada Jan 2009 duit nie aku laburkan ke dalam ASB….berapa yek?…mari kita kira..
=> maka dividen ASB 2009….25 000×7.3%=Rm1825…betul tak aku kira?aku pun tak tahu..kalau salah tolong betulkan
ok kalau jan aku beli emas..Rm25000…berapa emas aku dapat..tenggok graft
?
ok..katakan pada Jan aku beli emas dengan harga $870 oz..dengan duit RM25000 berapa emas aku dapat?…mari kita kira
kena tukar ounce oz ke gram g…kena /31.1…jadi..870/31.1 = $27.97g
kita tukar kepada ringgit malaysia…..guna laman nie nak buat petukaran http://www.xe.com/ucc/
$27.97 > RM96/g…jadi emas yg aku boleh beli sebanyak Rm25000…lebik kurang 260g..ada extra..tak apa tak kira….
jadi dengan duit 25000 aku beli emas seberat 260g bernilai RM24960..baki Rm40 buat duit minyak..hehehe..
ok katakanlah aku nie agen masa tue..aku dapat komisyen emas 1.5%..jadi nie aku kira aku beli emas seketul berat 260g…RM24960x1.5%=RM374.4..ok la
ok konsep pelaburan emas beli murah dan jual pada harga mahal…jadi kita ambil graft yg tinggi pada $1230/oz
1230/31.1=39.55>kedalam RM…RM135.66/g
ok..kita kali dengan emas yg aku simpan….260gx135.66g=RM35271.60…wow..berapa aku untung?
RM35271.60-RM24960.00  = RM10311.60(banyak wooo)..
amacam…antara melabur dengan ASB dengan melabur dengan EMAS mana untung?
ASB = untung dari dividen 7.3% =Rm1825
EMAS = RM10311.60
tepuk dada tanya selera…hehehhe
jadi buatlah pilihan bijak
tapi kenapa kenapa harga emas boleh naik sampai begini?…ini soalan yang baik sebab-sebabnya adalah:-
  1. Nilai matawang menyusut, Inflasi meningkat
  2. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham
  3. harga emas menurun pada tahun 90an
  4. Penyusutan matawang dolar
  5. kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan
Jadi fikir-fikirkanlah kenapa kita semua harus mula menyimpan emas. Diharap perkongsian kali ini dapat membuka lebih banyak minda supaya mula menceburkan diri ke bidang ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 016-7971864 atau email ke dr_sidek@yahoo.com

No comments:

Post a Comment